Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.hansiang.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.
Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.
Blog Percuma
Boleh didapati dari laman web seperti WordPress.com dan Blogspot.com.
Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://hansiang.blogspot.com ataupun http://hansiang.wordpress.com.
Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.
No comments:
Post a Comment