News

News

Thursday, August 19, 2010

Kebaikan & Keburukan Blog dalam Dunia Kewartawanan


Kebaikan Blog dalam Dunia Kewartawanan

- tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di dalam negara dan seluruh dunia.

- Melatih kemahiran menulis dalam pelbagai bahasa dengan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan tang lain.

- Melatih seni kemahiran reka digital, terutama mereka blog, kod css atau blog skin dalam kewartawanan.

- Tempat menyampaikan idea, berita dan maklumat dengan wartawan ynag lain.
-. Boleh membantu memyebarkan berita dengan cepat dan dilihat di seluruh dunia.
-. Pertukaran maklumat dengan wartawan yang lain.

Keburukan Blog dalam Dunia Kewartawanan

- menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan berunsur fitnah

- memburuk-burukkan tokoh politik dan selebriti untuk mencari publisiti.

- menyebarkan spam, iaitu maklumat tidak berguna utuk mendapatkan keuntungan besar dari iklan di blog

- menggalakkan penyamaran dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar.

- Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang berkaitan

Siapa itu Wartawan ?

Mungkin selama ini anda sudah banyak yang tahu siapa dan apa itu wartawan. Menurut ilmu jurnalistik Wartawan adalah orang yang melakukan kegiatan jurnalistik. Wartawan adalah orang yang mencari berita, untuk dinikmati masyarakat pembaca atau pemirsa.
Wartawan
meliputi berita, surat kabar atau televisyen. Wartawan dituntut untuk memberikan informasi kepada masyarakat dan pembaca
Setiap hasil tulisan atau laporan yang disampaikan oleh wartawan pasti mencakup objek berita dan sumber berita. Sumber berita bi
asanya dari masyarakat umum.
Sebagai wartawan yang bijaksana, ia harus mempunyai sifat
ingin tahu. Ertinya lebih mementingkan pemcarian berita-berita yang ingin diketahui oleh masyarakat. Kemudiam berita yang disajikanpun harus kisah benar tanpa sebarang penipuan.

Blog Berbayar dan Percuma


Blog Berbayar

Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.hansiang.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.

Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.

Blog Percuma

Boleh didapati dari laman web seperti WordPress.com dan Blogspot.com.

Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://hansiang.blogspot.com ataupun http://hansiang.wordpress.com.

Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.

Definisi Blog

Blog adalah singkatan dari kata web log. Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.Apabila anda membuat Blog anda memilih template yang akan rumah maklumat anda. Setelah anda memiliki Blog menetapkan agar dapat hantar maklumat apa pun yang anda suka. Ini benar-benar sebuah cara cepat untuk mendapatkan artikel dan maklumat di web dan template tampak hebat! Anda tidak perlu belajar semua teknikal mendapatkan sesuatu di laman web (layout HMTL, FTP, dll ...) Blog telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka. Untuk menghasilkan blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).